hariyani’s Blog

July 14th, 2009

Who Yana?

Posted by bogamilo in Sahabat

Salam Semua…lama gile aku tak menulis. Maybe sibuk kot..banyak yang aku buat untuk mencapai kepuasan diri.

Kali ini aku nak story tentang seseorang. Who Yana? Ramai yang tahu kan. Tapi maybe aku tak berapa kenal die. Tapi aku tahu segala yang orang tak tau.

Yana…yang penting die budak Selangor Ku Tercinta. Aku kenal masa di POLIMAS..Yana seorang yang cantik..(mmg cantik)..putih..(ikut mak die)..anak sulung..(hahaha along konon)..baik..(mari ikut cerita aku)..nakal..(ikut jugak cerita aku)..jahat..(jom aku cerita lanjut)..

Aku tak geng dgn die masa mula2 masuk POLI. Die ada kawan lain..nak dijadikan cerita tiba2 aku jadi kawan dgn die. Die mmg baik apabila tiba masanya..Jahat bila tiba masanya..(hahaha..yana nak hentam aku lps ni..)

Masa dekat asrama die dgn aku tak sama bilik..tapi tak menghalang persahabatan kami..Walau pun die ni tak suka beli tiket balik kampung awal2..padahal aku tak suka, aku nak balik kampung sgt-sgt..(haha..Yana Marah lagi)..Tapi die baik…die ikut jer aku beli..Yelah,nnt die tak der kawan nak balik..Masa ni die belum Botak Lagi…(yana Jer paham..huhuhuh..)

Sampai lah satu tahap kitaorang pindah ke Sem2..kitaorng duduk umah sewa.Masa inilah persahabatan aku dgn Yana teruji..(hahah..konon..). Aku sayang die..Mmg sayang..cuma die degil..Yana..Yana…Azliyana Asri..

Kadang-Kadang die suka buat aku marah..Kadang-Kadang senyum..Mcm die ni penawar duka aku..Tapi tulah kenyataan..Yana satu dalam beribu kawan yang pelik aku jumpa.Tapi Tanpa Yana aku takkan ada kenangan yang terindah. Yana..ketahuilah..aku sayang padamu…(hahaha..loyar tekak Yana..). Cerita ini tak kan habis..sbb aku belajar berdikari di Kedah adalah bersama-sama Yana..Kira tumbesaran aku di Utara adalah bersama Yana. Yana istimewa baikyer dan jahatyer… Sampai mati aku takkan lupa Yana..Yana..maaf…segala perilaku aku semasa kita berkawan..aku sayang ko..aku hargai persahabatan kita..Yana..ingat….aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko..Yana..tiada kata..Walaupun ko jahat..aku ttp kawan ko..sbb org lain tak raa persahabatan kita.Org lain tak nampak duka dan senang kita.Tapi aku nmpak dari yang org lain tak nampak..

Satu doa aku..semoga ko bahagia dan hidup dgn aman. Kita ttp berkawan sampai mati..jangan lupakan aku..aku sayang ko..Dazli..aku doakan both of You..Love U Selamanya..

May 14th, 2009

Masak Lemak Nenas + Udang

Posted by bogamilo in Resepi

Assalamualaikum..

Aku nak rehat bab-bab menulis story. Aku nak kongsi resepi mudah untuk kawan-kawan  yg rasa resepi aku nie dapat membantu anda. Mana tau ada yang pakwe nak datang, mak mertua nak datang umah atau nak memikat bakal mak metua atau bapak mertua. Resepi aku tersangat lah mudah.

Selamat Mencuba!!!

Bahan-bahan yang diperlukan.(mudah utk didapati).

  • Udang 1/2 Kg - Saiz L atau XL.
  • Nenas -Pilih nenas madu lagi best atau apa-apa jenis.Bukan yg masak sangat.
  • Santan Kelapa - Beli yg siap sedia 1 Kotak/ Sebiji Kelapa
  • Bawang Merah - 1 biji
  • Bawang Putih - 3 Ulas
  • Halia - Agak-agaklah. Dalam besar seulas bawang putih.
  • Cili Merah -Nak pedas tambah Cili Rawet a.k.a Cili Padi
  • Daun Pandan Atau Daun Kunyit. (Aku prefer daun pandan)
  • Garam secukup Rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bawang merah, putih, halia, cili merah korang blender saja. Senang sangat dan menjimatkan masa.
  2. Panaskan kuali. Sebelum tu udang telah di bersihkan dengan sebersihnya dan nenas dah dipotong dadu atau ikut citarasa anda. Masukkan bahan yang diblender tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Bila dah rasa agak kering masukkan dan naik bau masukkan nenas dan kacau hingga nenas jadi agak-agak kecut.
  4. Lepas tu masukkan udang. Time ni masukkan santan sedikit dahulu. Dalam 3 sudu. Bagi periuk anda tak melekat. Jangan letak minyak bila nampak periuk anda melekat. Sbb tu aku kata letak santan sedikit.
  5. Bila nampak udang dan kecut jugak, masukkan santan dan daun pandan. Letak juga garam. Bagi sesiapa yg suka letak ajinamoto, boleh jugak letak.
  6. Last sekali kacau perlahan. Jangan sampai santan pecah minyak. Iaitu api jangan besar. Bila dah mendidih, bolehlah angkat dan hidangkan.

Mudah sajakan. Aku belajar dari TV gak..hehehe Tapi aku mudahkan untuk semua yang nak cuba. Tapi klo tak paham jugak, boleh tanya aku. Aku sedia membantu.

Jumpa di lain kali.

Wassalam.

May 14th, 2009

Pertama Kali Ke Kedah

Posted by bogamilo in Kedah Darulaman

Salam sejahtera semua…Aku ada story baru..Kedah Darulaman..Kenapa aku pilih Kedah Darulaman adalah kerana ia tpt kenangan aku masa belajar. Untuk pertama kali dalam hidup aku nie,mmg aku tak pernah pergi jalan jauh-jauh. Paling jauh masa rombongan dengan aruah mak g Kelantan & Terangganu..(tak jauh kan….)

Kedah..aku mmg teringin pergi, dan mimpi jadi kenyataan apabila aku dapat tawaran belajar dekat sana. POLIMAS. sedih aku nak pergi time tu, sbb aku kena tinggalkan family aku dan pakwe aku..tapi bila tgk aruah mak bagi kekuatan dan galakan, aku setuju pergi. (cerita pasal aku buat medical cek up dekat hospital banting, Syiah tau cerita aku..heheheh).

Terima kasih buat Paman Abu dgn Bik Jati kerana sudi hantar aku ke Kedah. Kereta Unser penuh..InsyaAllah Paman,nanie akan balas budi baik paman . Ini pesan Aruah Mak.

Sampai Kedah malam, tumpang umah sepupu aku yang baru jer berkahwin time tu.TQ Abg Aai dgn Kak Jaja. Maaf mengganggu hari bahagia anda berdua..Lepas semalam tido, pagi dah bertolak dari Sungai Petani ke Jitra. Aku rasa semangat baru bila nampak pertama kali Sawah Padi depan mata..Time tu mmg batak tahap Jakun..

Lepas habis daftar, kene masuk daftar dekat asrama POLIMAS. Aku tak pernah duduk asrama selama ni. Jadi beg paling besar adalah beg baju aku..dalam satu bilik ada 3 orang. Dekat situ pertama kali aku jumpa Sri Ayuni a.k.a Kak Pah dengan Norasirin a.k.a Rein. Tapi tak satu kelas. Lepas family aku balik..aku nangis…kene tinggal..jauh tu nak balik. Stesen bas pun aku tak tau..

Tapi aruah mak ttp tenang.Perjalanan hidup aku baru bermula. Seterusnya cerita pengalaman aku di Kedah..Siapa Yana,Ina dan Hawa..aku akan huraikan ttg pentingya 3 Orang ini pada aku di Kedah..Dan penemuan seterusnya yang membuat aku bahagia sementara di Kedah.

Wassalam..

May 13th, 2009

Kenapa Blog Aku Tak Ada Gambar

Posted by bogamilo in Peribadi

Hari ni mmg aku banyak idea nak tulis..dan sampai keluar tajuk ni. Kenapa tak masukkan apa-apa gambar. Sejujurnya aku belum belajar nak masukkan gambar. Tak sempat nak belajar dengan sesiapa. Tapi satu hari nnt bila aku dah terror aku isikan gambar yang cantik walaupun aku tak cantik..

Sebelum tu kalau ada sesiapa yang baca dan terdapat banyak salah ejaan, minta maaf.Keyboard comp aku mmg dan goblok sikit..biasalah, bukan aku punya. Syarikat punya.

Dan kepada semua, baca saja diblog ni, ada pendapat tinggalkan komen. Komen anda adalah penentu masa depan blog aku..hahahahahaha..poyo jer..

May 13th, 2009

Nard & As

Posted by bogamilo in Sahabat

Ok…ari ni aku boleh sambung story pasal sahabat aku..

Nurul Nadia- Aku dgn Nard mmg dah kawan lama sangat. Dari sek rendah sampai skrg. Nard skrg keje dekat Terengganu. Tpt yang die tak mimpi nak kerja kat sana aku rasa.(hehehe..pandai jer aku cakap). Jadi kesimpulannya mmg dah lama sangat aku tak jumpa Nard. Tgk dekat FS jer. Nard comel.Apa yang aku boleh kata Nard penyayang, Nard pendengar yang baik, Nard mmg ada ciri-ciri sahabat yang baik. Buat Nard, semoga ko berjaya dalam impian ko. Jangan lupa kenangan kita di sek rendah, menengah, lower 6 dan ……apa pun aku ttp tunggu ko kawen..hehehehe

Siti Nur Hazliza a.k.a As. Tapi bukan Siti Nurhaliza

Kitaorang panggil As. ada yang panggil An..Tak kisahlah, janji aku tak pernah lupakan As walau kita dah lama tak jumpa. As aku happy sangat kawan dengan ko. Ko puteh, aku gelap..satu perbezaan yang buat kita boleh jadi kawan..hehehe..aku merapu..Aku dgn As satu team Netball dgn Handball.Tapi As lagi hebat dari aku. Die mmg atlet yang berjaya..tapi sekarang dah bersara kot. Tapi mungkin badan aku lagi besar dari die sejak tak aktif…As kawan yang baik. Aku rindu nak gelak besar dgn As, paling best masa zaman sek menengah. Buat As, semoga ko dapat jadi terbaik untuk masa akan datang. Love u Nard & As.

May 12th, 2009

Mak..

Posted by bogamilo in My Love

Pada 10/05/2009 lepas adalah Hari Ibu. Hari yang ditunggu oleh anak-anak dan ibu-ibu diseluruh dunia. Mesti seronok dan bercampur air mata..Anak-anak yang jauh pulang ke rumah untuk menyambut Hari Ibu. Adalah lebih baik kita menyambut Hari Ibu dari kita menyambut Hari Kekasih dengan kekasih kita.

Emak aku telah pergi meninggal aku dan adik beradik beradik pada 02/03/2006. Masa tu aku baru habis belajar. Mmg sedih apabila insan yang kita sayang pergi buat selamanya. Lebih-lebih lagi bila kita masih belum sempat nak membalas segala jasa yang emak beri pada kita. Kepada semua yang masih mempunyai ruang untuk menerima dan kasih sayang ibu, hargailah. Peluang tak selalu tiba bila kita nak. Aku juga cakap untuk diri aku. Semoga emak tenang di alam sana. (Aku baru habis dengar lagu Selamat Tinggal Ibuku..)

May 11th, 2009

Lina & Syiah a.k.a Minah & Bedah

Posted by bogamilo in Sahabat

Hah…penat aku dalam minggu nie, banyak kerja. Siapa yang kerja dalam bidang Palm Oil Mill die mesti tau betapa bengangnya awal bulan bila harga MPOB keluar. Jadi sbb tu selalu aku harap kalau sahabat-sahabat aku nak buat perjumpaan atau wedding janganlah buat awal bulan…heheh..tak kan ikut jadual aku pulak kan..

Akan datang seorang sahabat aku akan menamatkan zaman Bujang..aku nak story pasal die..selama ini dari sek rendah sampai skrg die ttp sahabat aku.banyak susah senang aku dengan die. Diealah Norazlina Binti Haji Mohd Damin.

Aku tak perlu nak jelaskan pasal die, tapi aku boleh katakan disini Lina sentiasa ada dengan aku. Aku happy dengan die. Die baik,memahami,banyak persamaan antara aku dengan die. Senang cakap aku takut dengan kehilangan sahabat seperti die. Aku nak jadi kawan die sampai aku mati. Lina, aku bangga jadi kawan ko. Aku sayang ko sampai bila-bila.

Norhasyiah Binti Mohammad a.k.a Syiah

Aku selalu panggil die Bedah..heheh maaf syiah, gurau-gurau…Nama singkatan mak-mak kitaorang diakhiri dengan huru “ah”.bedah,senah,minah,dailah…

Aku senang dengan paggilan nie,bukan niat kitaorang untuk mengutuk tapi merapatkan hubungan.Syiah, ko juga sahabat aku,yang aku sayang. Apa yang ko buat aku ttp nak tau. Sbb aku sentiasa risau dengan ko. Pertemuan kita masa form3 banyak meninggalkan kesan pada aku. Ingat syiah, aku bangga jadi kawan ko selamanya..Love u so much..Lina dengan Syiah..

Akan datang..Nard..

Walaupun ada nama yg aku tak sebut jgn kecil hati..penat nak taip..hehe..tak lah…semua sahabat..tapi ini anara yang rapat..selamat membaca..

May 4th, 2009

Fauziah a.k.a Yan

Posted by bogamilo in Sahabat

Aku sambung lagi cerita pasal kawan-kawan yang istimewa dalam hidup aku..

Fauziah Binti Ragiun a.k.a Yan

Yan,kitaorang biasa panggil Yan. Aku senang berkawan dengan Yan. Rasanya masa sekolah rendah Yan dan Koin tak pernak sakitkan hati aku. Sbb tu sampai sekarang aku sentiasa baik dengan dieorang. Kenangan yang aku tak lupa pasal Yan, masa ambil result UPSR. Aku tergolong dalam kategori pelajar kurang pintar, dan lagi ditambah dengan perjuangan aku dalam netball.(Lagi hampeh pelajaran aku). Hari pengumuman result UPSR aku pergi sama-sama dengan dieoranglah. Sampai sekolah ramai pelajar dah berkerumun dekat kantin. Aku dengan bangganya membaca keputusan tak rasmi aku.2A 1B 1C.haha..aku lulus..Senyum kambing aku sampai lah aku tersedar. Dalam fikiran aku tak kan baik sangat. Sbb Yan juga dapat result yang sama. Aku baca lagi keputusan yang ditampal didinding. Dan akhirnya aku dapat kesedaran bahawa aku silap baca untuk pertama kali. Untuk kedua kalinya result aku yang sebenarnya 2B 1C 1D.ha…menangis aku..Rupanya result yang aku baca tadi result Yan. Dalam pelajaran Yan mmg termasuk dalam golongan yang pandai. Genetiknya..

Buat Yan, semoga kita terus bersahabat. Aku dengar Yan dalam proses untuk ikatan yang suci. Tahniah Yan walau aku tak dapat dengar dari mulut ko sendiri. Tapi dari mulut Koin.hehehe

May 3rd, 2009

Azreana Ismail a.k.a Koin

Posted by bogamilo in Sahabat

Salam semua..hahaha…

Aku nak cerita sikit pasal perihal sahabat.semua ada sahabat kan..aku pun ada..aku rindu bila ingat semua sejarah dan kenangan bila jumpa kawan-kawan lama aku..

Untuk cerita pertama, aku cerita pasal sahabat aku masa sekolah rendah. Sahabat bagi aku adalah insan yang sentiasa bersama kita walau apa jua keadaan. Walaupun ada di antara aku dengan sahabat yang aku cerita, jauh dan jarang berjumpa tapi kenangan bersama mereka adalah detik bagi tumbesaran dan pengalaman yang tidak aku lupa.(sbb tu aku tulis sbb aku masih ingat hehe)

Azreana Binti Haji Ismail- Apa yang aku dapat simpulkan mengenai Azreana a.k.a Koin, adalah die seorang yang istimewa. Kawan yang baik. Aku dengan Koin ada beberapa persamaan. Persamaan itulah yang membuatkan Aku dengan Koin boleh jadi rapat. Kami berada dalam satu pasukan iaitu netball semasa sekolah rendah. Kenangan yang aku tak dapat lupakan adalah semasa kitaorang lepak tepi parit belakang sekolah Agama. Koin mungkin ingat. Apa yang kami lakukan adalah hak istimewa kami.(Minta maaf aku tak dapat jelaskan kerana ada part yang agak extrem-18PL.) hehehehe..hehe. Turut sama dalam agenda Parit itu adalah Yan,Mizah.Apis dan mungkin Nard atau Lina. Koin sekarang dan bergelar Isteri dan siapa tahu Suami Koin adalah rakan sekelas aku semasa Form4. Semoga Kion dan Shahril bahagia selamanya.Amin.

 coming soon..Fauziah Binti Ragiun.

April 8th, 2009

Aku Kena Flu

Posted by bogamilo in Uncategorized

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Dalam 2 hari ni aku dapat flu ni balik..Kena telan Clarinese (kot2 betul tak ejaanya) a.k.a ubat selsema…mungkin ada jangkitan dari budak ofis..

Minggu ni juga hari bahagia untuk officemate aku..menamatkan satu zaman yang aku dan semua cinta..Zaman Bujang…Selamat Pengantin Baru khas untuk Herdayanti Binti Mohd Sharef..

 

Next Page »